Quantcast
Channel: Dorsett Pink
Viewing all 1207 articles
Browse latest View live

NIAT – What is your BIG WHY??

$
0
0
Pernah tak korang rasa down or demotivated? Mesti pernah kan.. Tak kiralah korang bekerja ker, menjadi suri rumah ker, atau seorang yang bergelar pelajar sekalipun , pasti korang pernah rasa stress / tension. Tipu lah kalau ada orang kata tak pernah rasa macam tu.

Banyak Masalah

Kalau korang bekerja, dengan masalah ofis, politik ofis, masalah dengan bos yang tahu kerja nak siap jer, tahu bagi arahan jer, masalah dengan collegues yang mulut macam longkang, yang perangai makcik bawang suka bergosip suka jaga tepi kain orang, masalah dengan suami yang asyik duk tukar sport rim kereta jer, masalah dengan isteri yang duk asyik membebel jer, masalah dengan anak yang degil tak nak dengar cakap, masalah dengan mak mertua, masalah duit gaji tak cukup lah, masalah kereta rosak lah nak kena baiki itu ini.. Aiiihh!! Macam-macam lah masalah dalam hidup ni.. 

Untuk student pulak, masalah dengan housematelah, dengan roommate lah, dengan pensyarah lah, dengan cikgu lah, dengan classmate lah, maslah duit lah, masalah laptop rosak tak boleh nak buat assignment lah, masalah motor rosak tak dapat nak keluar dating ngan awek la,macam-macam lah. Even suri rumah pun, banyak gak masalah / tekanannya – dari pagi bangun tidur sampai malam tak boleh nak duduk, penat tu hanya Allah swt jer yang tahu macam mana.


Apa korang rasa bila berhadapan dengan situasi ni? 
 
Rasa geram kan? Rasa menyampah kan? Rasa marah kan? Rasa tension kan?
Errmm… macam-macamlah yang kita rasa.

Tapi kalau korang bengang macam mana sekalipun, masalah tu tetap tak kan selesai.  Ada orang akan makan banyak-banyak untuk redakan tekanan dia, ada orang akan pergi bersuka untuk hilangkan stress, ada orang suka pergi tengok wayang bila ada masalah, ada orang pulak suka pergi clubbing untuk release tension, da nada orang pulak suka hisap rokok banyak-banyak – lepas satu kotak, ambik lagi satu kotak, lepas satu kotak, ambik lagi, sampai sehari tu berkotak-kotak rokok hisap. 

Elok ke kalau hisap rokok banyak-banyak? Even hisap sebatang rokok pun dah memudaratkan diri, inikan pulak hisap berkotak-kotak. Bukan jer effect pada kesihatan, tapi jugak duit poket habis lah lunyai.. Bila ditegur, kata ‘ko tahu apa?, aku yang tension’.. So, dengan hisap rokok banyak-banyak tu dapat ke hilang tension? Dapat la kot untuk sementara waktu, tapi lama-lama masalah tu tetap tak hilang jugak.. Masalah tu tetap akan ada selagi kita tak berusaha selesaikan.

Tapi sebelum dapat selesaikan masalah tu, apa yang perlu kita buat? 

Yang ini depends pada individu macam mana untuk kawal stress or kawal tekanan dalam diri. As long as benda tu tak memudaratkan diri kita dan orang-orang yang kita sayang, buat jer. Contoh macam ada orang suka kawal stress dengan memasak, berkebun, bersukan. Ada orang pulak suka makan coklat. Ada orang suka makan banyak-banyak. Semua tu bagus, tapi perlu ingat, makan coklat banyak-banyak nanti akan dapat diabetis – so tak bagus untuk diri kita dan keluarga kita akan mendapat susah kelak. 

Kalau kawal stress dengan cara makan banyak-banyak, perlu ingat – nanti kita sendiri yang akan jadi GEMUK. Bila kita gemuk, kita jugak yang stress balik sebab jeles tengok orang sebelah kurus bak model. So, pilihlah aktiviti yang bagi kebaikan dan benefit untuk diri kita sendiri untuk jangka masa panjang.

Macam aku, kalau aku stress, selain dari mengaji dan solat sunat, aku suka pergi swimming dan suka beli buku walaupun buku tu tak baca.. hahahhaha…. Nanti-nanti aku akan baca jugak buku tu walaupun mungkin dah setahun membeli. Hahaha. Tapi OK lah, sebab buku tu ilmu, ilmu tu tak kan luput ditelan zaman. Janji aku rasa bahagia sangat bila dapat beli buku walaupun hanya sebuah novel..

Kalau korang rasa demotivated / rasa down / rasa tension / rasa stress, cuba korang ingat balik NIAT korang kenapa korang ada kat situ. Contohnya, bila korang stress di ofis dengan masalah-masalah ofis yang tak pernah nak selesai, korang ingat balik APA NIAT korang bekerja disitu? Kalau korang student, ingat balik apa NIAT korang sambung belajar kat university ni? Kalau korang suri rumah, korang fikir balik kenapa korang nak menjadi suri rumah??

Kalau NIAT korang tu BUKAN SEBAB ALLAH SWT , aku yakin korang tetap akan rasa sedih / geram untuk selama-lamanya, walaupun korang akan rasa happy jugak kadang-kadang. Kadang-kadang happy lah, tapi most of the time, banyak yang tak happy nya.

Apa Contoh NIAT BUKAN Kerana Allah?

Banyak jer niat bukan kerana Allah, contohnya niat kita bekerja sebab nak cari DUIT. DUIT tu ialah harta dunia jer. Dengan duit kita boleh beli macam-macam. Duit tu tak boleh buat masuk kubur pun. So, duit tu akan habis dan habis. Sebab tu ada orang yang selalu ada dilemma wang bocor / poket bocor. Dapat gaji jer, sekejap jer gaji tu habis buat bayar itu ini, baiki kereta, beli itu ini, tengah bulan duit gaji dah kering. Sebab apa? Sebabnya niat kita bekerja adalah kerana DUIT. So, duit tu kita dapat pada hari gaji masuk.Then duit tu akan habis tanpa dapat dikesan.

Kalau niat kita bekerja sebab nak menjadi kaya, InshaAllah kita dapat jadi kaya, tapi at the end of the day, kita tak akan rasa bahagia, keluarga kita porak peranda, bercerai dengan pasangan, kita balik rumah pun rasa macam lebih baik tak balik rumah dan macam-macam lagi lah, tapi rumah kita besar, kereta kita besar. Kita dah jadi kaya, kita dapat kekayaan yang kita inginkan tu, tapi kita hilang benda lain. Huhu..

Kalau niat kita bekerja sebab nak kejar pangkat dan darjat, nak cepat dapat tittle DATUK, nak cepat jadi professor, nak cepat naik pangkat ke JUSA. INshaAllah kita akan dapat pangkat dan darjat yang kita nak sangat tu, tapi mungkin kita akan hilang keluarga. Kita tak dapat nak bagi perhatian dan kasih saying kat anak-anak, kesudahannya anak kita terjerumus dengan banyak masalah juvana.

Sama jugak kesnya dengan peniaga atau usahawan. Apa niat kita nak buat bisness? Adakah untuk menjadi kaya-raya? Addakah sebab nak pakai kereta besar? Adakah sebab nak pakai baju berjenama? Kalau itu niat kita, maybe kita akan dapat itu semua tapi bisness kita tu aka nada banyak masalah sampai kita sendiri pun tak boleh nak handle, last-last bisness lingkup / bankrupt. 

Mungkin kita berhadapan dengan masalah dengan supplier, masalah dengan client/customer, masalah dengan bank, masalah dengan cash flow, masalah dengan staff, mungkin kedai/office kita dimasuki pencuri dan macam-macam lagi lah. Berapa orang yang buat bisness, tapi bisness tak berjaya? Ramai kan?

Masalah rumah tangga pulak. Kalau niat kita kahwin tu pada asalnya ialah sebab boyfriend or girlfren kita tu cantik – itu ialah niat kahwin kerana nafsu. So, bila dah lama-lama kawen, banyak lah masalah rumah tangga yang timbul. Last-last jalan penyelesaian ialah BERCERAI. Sama juga kalau niat kita kahwin dengan BF or GF kita tu sebab dia tu orang kaya/ anak orang kaya / sebab dia pangkat besar – itu pun niat sebab Nafsu – sebab duit. So, at the end, mungkin PENCERAIAN juga jalan penyelesaiannya, atau kalau tak becerai pun, tak berapa nak bahagia sangat, sampai ada kes yang suami isteri tak boleh duduk serumah..Atau ada kes, sampai anak-anak yang menjadi mangsa dera mak ayah , dera sampai mati.

So, apa masalah yang sebenarnya?

Masalah yang sebenarnya ialah NIAT. Berbalik semula pada NIAT ASAL kita. Kalau niat kita untuk kerja dunia atau untuk material atau kerana paksaan dari pihak ketiga atau ke-4 atau sebagainya, perjalanan kerjaya atau hidup kita tu akan sentiasa berhadapan dengan kesukaran dan masalah.

Bukan beerti hidup ini perlukan perferctiion sampai tak ada masalah langsung. Bukan! Maksud aku Masalah itu akan sentiasa ada sebab masalah ialah salah satu UJIAN. Allah akan sentiasa UJI kita either kita baik atau jahat. Sebab ujian itu ialah exam/test di dunia untuk menguji keimanan kita, sejauh mana kita beriman pada Allah swt. Semua orang aka nada masalah, jadi suri rumah pun banyak masalah, jadi student pun banyak masalah, buat bisness pun ada banyak masalah, bekerja makan gaji pun banyak masalah jugak. 

Tapi kalau niat kita buat kerja tu ialah KERANA ALLAH SWT, InshaAllah kita akan berasa tenang jer walaupun kita ada masalah. Ataupun masalah tu kita boleh anggap sebagai cabaran. So bila masalah datang, kita masih boleh tersenyum dan buat kerja macam biasa, macam kita ni langsung tak ada masalah (walhal, hakikatnya banyak jer masalah).


Betulkan NIAT KERANA ALLAH SWT

Macam mana niat kerana Allah ? Niat kerana Allah ialah apa yang kita buat ni adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt atau untuk mendapat ganjaran syurga Allah di akhirat kelak.  

Contohnya nia kenapa kita bekerja ? Adalah sebab kita nak bantu naikkan taraf hidup keluarga kita supaya mak ayah kita dapat hidup senang. So, bila niat nak bahagiakan mak ayah, InshaAllah kita akan dapat pahala dan inshaAllah Allah merahmati hidup kita.

E.g : Niat bekerja ialah sebab kita nak bantu ramai orang Islam yang hidup susah. Itukan dapat pahala jugak bila kita bantu orang susah. Secara tak langsung, nanti orang Islam yang kita bantu tu akan mendapat keceriaan dan kesenangan hidup.

E.g : Niat bekerja sebab nak bantu cari duit untuk adik kita yang sakit jantung, buah pingagg etc.. InshaAllah bila kita bantu adik kta tu, nanti dia akan sembuh, dan kita jugak akan dapat pahala.

Contoh kalau menjadi suri rumah, apa niat kita menjadi suri rumah tu walaupun sebenarnya kita boleh jer bekerja kat luat tu even hanya sebagai cleaner (dapat jugak duit poket). Niat kerana Allah contohnya kita menjadi suri rumah sebab kita nak anak-anak kita mendapat asuhan dari air tangan kita sendiri, kita nak anak-anak kita membesar depan mata kita, kita nak anak-anak kita dapat sepenuh kasih sayang dari kita dan dengan itu dia tak akan mencari kasih sayang di luar. Dan niat kita itu sudah pasti kerana Allah kan sebab at the end kita nak anak kita menjadi manusia yang berjaya dan berguna. 

Contoh kalau student pulak, kita niat untuk mencari ilmu untuk kita lebih mengenal kebesaran Allah swt – itu dah confirm dapat pahala dah. Kalau niat kita belajar tinggi-tingi sebab nak bantu menstabilkan ekonomi negara dan umat Islam , itu pun dikira niat kerana Allah. Atau niat kita sebab kita nak dapat kerja yang bagus supaya kita dapat membantu menaikkan taraf ekonomi keluarga kita di kampong – itu pun dikira niat kerana Allah. 

Tapi kalau kita belajar sebab nak dapat beli kereta mewah kelak, sebab nak ada rumah besar kelak – ini semua niat kerana DUNIA, bukan niat kerana ALLAH.

So, bila niat kita benar dan ikhlas untuk Allah swt, InshaAllah akan bantu kita untuk keluar dari masalah yang kita hadapi tu dengan mudah. InshaAllah Allah akan beri kita ketenangan sepanjang kita berhadapan dengan masalah tu. Dan at the end of the day, kita akan rasa happy dan bahagia. Walaupun kita ada masalah, tapi hati dan jiwa kita tenang jer sentiasa. Dan perasaan tension / demotivated tu akan hilang tanpa kita sedar. Contohnya, kalau kita taka da duit pun, tanpa kita sedar, duit kita tu akan sentiasa cukup jer. 

So, betulkan balik niat kita kalau niat itu bukan kerana Allah swt. Kalau kita rasa tertekan / stress, ingat apa niat sebenar kita disitu – A BIG WHY , why u are doing that kind of job? 

Walau apapun, kita jangan lupa pada Allah swt. Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi pada kita. Jangan tinggalkan solat, dan jangan lupa berdoa. BIla kita ada masalah, cuba tengok balik masalah orang lain – ramai lagi diluar sana yang lagi teruk dari kita. So, sentiasalah muhasabah diri, tanya pada diri, apa salah kita pada Allah swt. Mungkin masalah yang didatangkan pada kita tu adalah sebagai peringatan dari Allah swt supaya kita kembali kepadaNYa.

Having Fun at World Urban Forum in Kuala Lumpur

$
0
0
Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog. Sorry. Busy sangat lately. Busy ngan kerja-kerja study Phd yang belum berkesudahan lagi dan busy dengan event United Nation baru-baru ni - World Urban Forumyang berlangsung 9-13 Februari kat KL Convention Centre (WUF). 

WUF ni dianjurkan oleh United Nation dan Malaysia dipilih sebagai host country untuk tahun ni. Ofis lama tempat aku bekerja dulu yang handle event ni - PlanMalaysia. So, kawan-kawan aku terpaksalah bekerja masa event tu -menjadi secretariat, liaison officer, reporting officer dan macam-macam lagilah post yang diberikan . Nasib baik aku dah tak kerja, so bebas la nak bergerak kesana-sini. Ciaciaciacia (bahagianya rasa)..

 Planning for our city in 30 years time


Reunion dengan Kawan-Kawan Lama

Since aku seorang urban planner (walaupun bekas urban planner), but still i wanna joined that event. banyak benda yang aku dapat belajar and banyak ilmu baru aku dapat. Lagipun dapat jumpa semua kawan-kawan lama, ex-lecturer, ex-bosses, best friend, classmate semua berkumpul kat sana. Kiranya ni event reunion untuk kami gak lah. hahahaha. 

Alhamdulillah, dapat banyak input untuk research aku. Plus, dapat jugak jumpa rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama buat Phd , so dapat jugaklah sharing experience masing-masing tentang our phd journey ni. 


WUF ni Event Apa?

WUF - World Urban Forum. Urban = Bandar. Kita hidup dalam bandar. Sesape yang stay kat luar bandar pun, tetap akan ada bandar jugak walaupun kecik kan, biasanya dipanggil pekan. So, dalam bandar ni ada banyak aspek yang perlu kita ambik peduli dan uruskan. Aspek yang paling penting ialah politik. So, isu politik pun turut dikira sebagai salah satu komponen bandar sebabnya melalui politik la decision making dapat dibuat. nak bina jalan raya, perlu ada decision maker. 

So, aspek ekonomi, aspek pembangunan, aspek perumahan, pengangkutan, kemudahan kesihatan (hospital),kemudahan pendidikan (sekolah, tadika, taska), recreation area, place for eldest, pokok-pokok, shopping mall dan macam-macam lagilah, semua tu dikira sebagai aspek bandar yang perlu diberi perhatian untuk merancang pembangunan sesebuah negara. 

Security kat sini sangat ketat. Even nak masuk parking pun polis kena check kereta takut-takut aku bawak BOM. hahahha. Sesapa yang nak masuk Aquaria pun kena ada pas.. Semua pintu masuk ke Convention Centre dan Aquaria dikawal ketat.Aku rasa Aquaria pun tak dapat ramai crowd sepanjang event ni berlangsung sebab leceh nak kena ambik pas bagai..
 
Kids art work kat WUF ni

'Me-Time' 

Since event ni seminggu, dari pagi sampai malam, kitaorang stay kat hotel area KLCC ni. Kawan-kawan aku dapat penginapan percuma kat hotel-hotel sekitar KLCC, so aku squatting je lah kat bilik diaorang. Nak berulang-alik tetiap hari tak larat aku nak redah jem dengan perut yang semakin membesar ni. 

FL stay ngan daddy dia kat rumah. Tapi dia ada lah jugak join mommy datang ke WUF ni, since event ni terbuka kepada public tak mengira umur. 

Jadinya, mommy merdeka kejap la - having a marvelous my 'me-time'. Aku ngan kawan-kawan banyak spend time ngan makan-makan jer. Since kat KLCC dan kawasan sekitar tu kan banyak tempat makan. So, memang manjakan perut la setiap hari. hehe..

 Mexico's Exhibition Booth



 With BFF

 Ni semua my ex-colleagues & ex-superior



 With BFF dari umur 18 tahun ak.k.a my classmate. Pastu jadi officemate. 
And the friendship remain eternally


 FL enjoy giler datang event ni

 Bersemangat si kecik tu, book seat depan tu.. hihi
Tengah tunggu cultural show, performance dari Cambodia


 Ada salsa. dapat jugak release tension jap lepas dah penat perah otak


  
Makan-makan kat Dolly Dim Sum kat Avenue K 
 

Lunch at food court Aquaria KLCC

Pendek kata, aku dan kawan-kawan dan FL memang enjoy sangat-sangat join WUF ni. 
Nanti jumpa lagi kat WUF seterusnya di Abu Dhabi tahun 2020 nanti. InshaAllah..

Pregnancy Diary : Shopping Galore

$
0
0
Skrang ni aku dah 8 bulan (35 weeks). Next week dah masuk 9 bulan. Kalau boleh aku nak settlekan cepat-cepat barang-barang untuk baby dan aku nanti. Malas nak shopping last minute sebab takut ada barang yang missing. Lagipun kalau shopping last minute takut penat terlampau sangat.

So, last week aku sempat la aku dan en.suami cari barang-barang baby. Tak banyak sangat pun yang kitaorang nak beli sebab  barang FL masih elok lagi tapi perlu jugak membeli apa yang tak ada. Apa yang masih elok, kita pakai jer..

Antara yang dibeli ialah playpen, bathtub, keperluan breastfeeding, baju-baju (sikit jer), siapers, wipes, dan ada lah benda-benda lain lagi.

Dulu masa FL tak ada baby cot, cadangnya nak beli lepas pantang, tapi lepas aje habs pantang langsung tak terbeli sampailah skrang. hahahaha. Aku prefer beli baby cot sebab boleh tahan lama, nanti anak no.3 sampai anak no.10 (eh!!) masih boleh guna, tapi en.suami nak beli yang senang dibuat travel katanya. Kalau cot, tak boleh bawak gi travel. So dia belilah playpen siap dengan beg bagai, boleh lipat-lipat bawak travel.

Almaklumlah kitaorang kan suka travel. Dulu masa FL, lepas je aku habis pantang, terus kitaorang gi Cherating (the first destination in FL's life). Gatal kaki lah duduk umah lama-lama. hihi..

So, kali ni memang banyak beli barang yang boleh dibuat travel. Senang 2-in-1. Boleh guna kat umah, and boleh dibawa kemana-mana.

Bathtub untuk 2nd baby ni aku beli yang jenis foldable. Senang nak angkut kemana-mana, sebab experience sebelum ni, bila pergi hotel susah aku nak mandikan baby. Kalau duduk hotel 4-5star, ada disediakan bathtub, tapi kalau hotel biasa or airbnb tak disediakan. So, sebab tu aku nak bawak bathtub ni kalau pergi travel - senang nak mandikan baby. Dulu masa FL ada jugak beli bathtub, tapi bathtub yang besar gedabak tu and dia masih guna sampai sekarang. Yang ini beli kat Mothercare, jenama Stokke.


Sapu tangan atau towel kecik - buat lap muka, lap air liur, lap mulut. Dulu masa FL tak terfikir nak beli towel kecik, so lepas pantang baru duk mengigih nak mencari. Sekarang nak siapkan siap-siap sebelum bersalin.

 
Ini antara yang aku sempat snap gambar. Botol susu tu aku beli jenama NUK, sebagai NUK ada teat kuning tu yang sesuai untuk newborn. Awal-awal kelahiran tak boleh bagi lagi baby minum susu dalam botol, takut nanti'nipple confusion'. Bila dah umur baby masuk 3-4 minggu, baru boleh introduce botol kat dia. So, awal-awal tu, boleh bagi baby minum susu (susu ibu) guna small cup. Jenama Medela ada cup tu.


Untuk kelengkapan breastfeeding pulak, nanti aku crita kat post lain...Tak syok lah cerita semua kat dalam 1 post, barulah nanti ada cerita nak update blog. hihi

Kenangan Lama :: Sambutan Tahun Baru Cina Masa Zaman Kanak-Kanak

$
0
0
Sabtu hari tu tertengok Drama Cerekarama kat TV3 - Kebaya Mek Hwa. Mengimbau kenangan masa kanak-kanak dulu yang dibesarkan di Kuala Terengganu buatkan aku nak cerita zaman kanak-kanak aku dulu.

Aku dulu dibesarkan oleh Arwah Tok Wan & Arwah Tok Ki di Pusat Bandar Kuala Terengganu. Rumah kitaorang betul-betul depan Pasar Payang. Dulu-dulu pasar tu namanya Pasar Kedai Payang. Sekarang jadi Pasar Payang jer. 

Dari rumah kitaorang, aku menapak je pergi ke Kampung Cina. Memang hari-hari pergi Kampung Cina samaada ada urusan atau just jalan-jalan jer.. Jalan kaki jer. Sekrang Kampung Cina kat Kuala Terengganu (KT) tu dah jadi destinasi pelancongan. Wajib pergi sana kalau korang pergi KT, sebab dah ada waterfront. 


 
Kg.Cina, Kuala Terengganu. 

Dari kecik aku dibesarkan dikalangan komuniti masyarakat Cina. Jiran-jiran aku dulu - kiri kanan depan belakang semua orang Cina. Melayu pun ada gak, so balance lah both Cina dan Melayu. So, dari kecik lagi aku dah biasa bergaul dengan masyarakat Kaum Cina. Tapi aku tak pandai cakap cina baik mandarin or hokkien. Sebabnya masyarakat Cina kat KT tak cakap bahasa Cina. Even bahasa inggeris pun tak. Depa cakap bahasa melayu longhat Terengganu sejati. Kat sekolah pun sama. 

Kadang-kadang je kalau kat sekolah depa cakap Cina atau english - tapi ikut mood la. But most of the time depa cakap Terengganu. So sebab tu aku tak pandai cakap Cina walaupun berkawan ngan orang Cina sejak kecik lagi. Bila suruh depa ajar aku cakap Cina, baru depa akan ajar. Tapi aku just mintak ajar kira nombor je lah.. Sampai sekarang tahu kira 1-10 jer (bahasa mandarin) hahahha.. Yang lain tu hampeehhh.. 

Masa backpacking ke China sorang-sorang dulu, masa tu aku gigih belajar bahasa Mandarin sebab kat China diaorang tak communicate dalam english- nasib baik aku boleh survive smapai balik Malaysia semula. hahhaaha..

Masyarakat Melayu dan Cina kat Terengganu sangat-sangat akrab. Kadang-kadang kita tak tahu pun diaorang tu orang Cina sebab cara diaorang memang sebijik macam Melayu, baik dari segi pemakaian, cara makan, cara cakap dan lain-lain. Tapi sekarang ni dah zaman moden, so budak-budak Cina kat KT sekarang dah pakai pakaian moden macam shorts pant, sleeveless, skirt etc. So dah senang dah la nak cam diaorang ni. 

Aku dulu punyalah akrab ngan jiran-jiran Cina sampai boleh je gi umah diaorang bila-bila masa. Cuma bab makan, Tok Wan suruh makan kat umah sebab takut termakan makanan tak halal. Even umah diaorang pun ada anjing, sebabkan dah selalu tengok anjing tu sejak kecik, so jadi tak takut dah. 

Kalau nak cari kuih tradisional Terengganu, boleh jer cari kat Kampung Cina, kat sana ada ramai pembuat/peniaga kuih tradisional Terengganu. Even nak tempah baju kurung pun, tempah kat tailor Cina kat Kg.Cina tu. 

Aku memang menanti Chinese New Year saban tahun. Sebab meriah sangat. Since aku duduk kat Kg.Cina, jadinya sambutannya memang meriah la - ada macam-macam pesta bila tiba CNY. Ada lion dance, ada pesta tanglung, cap goh meh pun diaorang celebrate besar-besaran - macam Festival gitewww.. Bukan je setakat Chinese New Year, tapi semua sambutan yang berkaitan dengan masyarakat Cina diaorang celebrate. Jadi, kitaorang ni jadi penonton tetap la.. Aku rasa bertuah jugak la, sebab mungkin generasi sekarang dah tak dapat nak tengok festival-festival kaum Cina yang macam tu.. 

Gambar ni aku ambik dari internet. Ni kat Taiwan. 
Dulu-dulu masa aku kecik dulu, pesta tanglung kat kampung aku meriah macam ginilah.


Aku ingat lagi masa aku umur 6 tahun kot (kalau tak salah). Aku tak tahu masa tu CNY. Aku nampak jiran-jiran aku pakai baju baru cantik-cantik. Jadi aku mintak kat Tok Wan nak pakai stokin baru yang baru beli. Padahal stokin tu patutnya pakai masa Hari Raya kot. Tapi aku mintak jugak nak pakai sebab tengok jiran pakai. Pastu Tok Wan bagi. Pastu Tok Wan cakap'diaorang pakai sebab tu raya diaorang, tapi kita ni duk ikut jugak orang!'.. hahahaha.. Memang ingat sampai sekarang bab stokin tu.

Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan. Kitaorang dah tak stay lagi kat Pasar Payang tu, sebab tempat tu dah dibangunkan dengan bangunan commercial. Dan Kg.Cina sekarang pun dah tak semeriah dulu. Generasi dulu-dulu dah tak ada. Sekarang ni generasi alaf baru pulak. 

Sekarang ni pun aku masih lagi duduk dalam Komuniti Cina kat KL ni. Jiran-jiran aku kiri kanan depan belakang semua Cina. Depa semua baik-baik - 1 Malaysia gitew. Mungkin sebab dah biasa dibesarkan dalam Komuniti Cina, jadi aku dah biasa duduk dalam komuniti ni. So tak rasa janggal la. Surau dekat je dengan umah kitaorang, tapi semua OK je. Bila azan, diaorang siap senyap lagi - dari dulu sampai sekarang aku tengok sikap ni. Diaoarang memang respek dengan bangsa Melayu. 

So, masa CNY hari tu, bising la umah aku sebab jiran-jiran duk main mercun, bunga api dari malam sampai ke pagi.. hahhaha.. Tahan je la telinga tapi FL enjoy sebab dapat tengok fireworks depan rumah. 

Ni masa sambutan CNY baru-baru ni kat Genting Highland.

PhD Talk :: Mencari Motivasi Untuk Menulis

$
0
0
Buat phd ni macam-macam cabaran dia. Kalau tak menangis tu memang tak sah lah. Menangis bucu katil apatah lagi. Tapi itulah namanya perjuangan. Itulah namanya jihad. Jihad kembara menuntut ilmu. Tapi apa yang aku rasa ni aku rasa tak cukup teruk lagi kalau nak dibandingkan dengan ilmuan-ilmuan islam zaman dulu kala. Depa punya kepayahan tu lagi lah macam peringakat langit ke-7. huhu..


Kepayahan Menuntut Ilmu
 
Apapun, jiwa mesti kena kental, kena tabah demi segenggam ilmu yang dicari. Bukan senang nak menuntut ilmu ni. Sebab tu, orang yang menuntut ilmu ni dapat pahala berlipat kali ganda. Kalau mati semasa belajar ni pun, dapat gak ganjaran pahala mati syahid.
 
Kalau sedang belajar, tapi belum rasa kepayahan dan kesusahan tu, itu namanya perjalanan itu belum lagi sampai pada tahap 'perjuangan/jihad'. InshaAllah, nanti akan tiba waktu itu. hihi..

So, antara salah satu cabaran untuk menyiapkan kajian penyelidikan adalah fasa menulis (write-up). Memang boring betul stage ni. Nak menulis blog senang jer, tapi nak menulis academic writing ni Ya Allah! Punyalah payah.

Kadang setengah hari duk depan laptop pun, hanya dapat taip 1 perenggan je. Itu ok lah 1 perenggan, ada tu dapat taip 1 ayat je.. huhuhuhu.. Sesapa yang pernah lalui stage ni, fahamlah macam mana rasa dia.. Pastu end up, stress.. Sebab rasa kita dah membazir banyak masa…

Kadang tu, bukan sebab kita taka da mood nak menulis, tapi sebab taka da idea langsung. Tak ada idea , tak tahu nak tulis apa. Academic writing ni sangat berbeza dari menulis report or artikel surat khabar. Tapi SV cakap tulis jer, nanti-nanti baru betulkan..

Tapi kalau dah lama-lama duduk depan laptop tapi tak tertulis jugak, mesti aka nada jugak rasa stress dan give-up tu.. 


Mencari Motivasi Untuk Menulis
 
So, antara benda yang aku buat supaya motivasi diri aku sentiasa tip-top (konon la!!) ialah dengar lagu-lagu motivasi. 

Currently, aku suka dengar lagu - lagu ni :

1.    Manusia Kuat -  by Tulus

2.    Mimpi Yang Indah – by Mestica

3.  The Climb - by Miley Cyrus 


Lagu-lagu ni kawan aku yang share kat aku, sebab dia kata dia selalu dengar lagu ni setiap hari setiap masa setiap waktu untuk bagi semangat kat diri dia supaya sentiasa bersemangat dan kekal produktif..

Aku sangat berterima kasih la kat dia sebab sudi share ngan aku tips ni…. Seriously, lagu-lagu tu memang buat aku rasa sentiasa bersemangat untuk menulis tesis ni…

Lirik Lagu Manusia Kuat : 
Kau bisa patahkan kakiku
Tapi tidak mimpi-mimpiku
Kau bisa lumpuhkan tanganku
Tapi tidak mimpi-mimpiku

Kau bisa merebut senyumku
Tapi sungguh tak akan lama
Kau bisa merobek hatiku
Tapi aku tahu obatnya

Manusia-manusia kuat itu kita
Jiwa-jiwa yang kuat itu kita
Manusia-manusia kuat Itu kita
Jiwa-jiwa yang kuat itu kita

Kau bisa hitamkan putihku
Kau takkan gelapkan apapun
Kau bisa runtuhkan jalanku
Kan ku temukan jalan yang lain

Manusia-manusia kuat itu kita
Jiwa-jiwa yang kuat itu kita
Manusia-manusia kuat itu kita
Jiwa-jiwa yang kuat itu kita

Bila bukan kehendak-Nya uhuuuu
Tidak satu pun culasmu akan bawa bahaya

PhD Talk : How To Be a SERIAL WRITER

$
0
0
PhD Talk : How To Be a SERIAL Writer - Kalau sambung belajar buat Master atau buat PhD, benda WAJIB yang WAJIB buat ialah MENULIS dan MEMBACA. Kalau korang jenis tak suka menulis, hatta tak suka membaca, lupakan je lah niat nak sambung belajar tu sebab nanti korang sendiri yang menyeksa jiwa raga korang. 

Alhamdulillah aku memang suka 2 perkara tu, sejak dari kecik lagi. Hidup aku memang dikelilingi dengan buku-buku especially NOVEL. khakhakhakhakha.. Berlambak novel kat rumah tu yang sekarang ni tersadai tak de sape nak baca.. 

Ini antara salah satu kotak dari berkotak-kotak novel yang aku dah let-go

Lucky aku pun suka menulis. Sebab tu blog ni wujud. Dulu-dulu masa zaman tak ada blog ni, aku menulis kat atas buku jer a.k.a kat dalam Planner aku. Aku ada cerita kat entri ni - "Timeline Kehidupan".

Dan aku rasa dengan menulis blog ni, ia lagi buatkan aku menjadi makin suka dengan bidang penulisan. Hari-hari rasa nak menulis jer tapi apakan daya kelajuan internet bukan terletak di tangan aku (EHH!).. hahahha. Kadang-kadang kita memang tak sempat pun nak update blog, tapi dalam kepala memang ada macam-macam benda nak tulis. Betul tak kawan-kawan blogger? Betul kan? betul kan? hihi.

So untuk menjadi pelajar phd yang cemerlang (cemerlang??) - cemerlang tu maksudnya boleh GRAD la walaupun memakan masa bertahun-tahun adalah dengan menjadi serial writer. As long as dapat Grad, kira OK la tu, bukan senang nak grad. huhuhuhu.. Nak grad Degree senang jer, tapi nak grad master or phd, Allah je Yang Tahu.. #praytoGOD. 


What is a SERIAL WRITER?
Serial Writer ni ialah orang yang selalu menulis. Tak kira lah menulis bahan apa sekali jer. Janji menulis. 

Bukan senang wooo nak jadi serial writer. Once rutin menulis dah meresap masuk dalam jiwa kita, kita akan nampak yang menulis ni kerja mudah jer walaupun ayat tunggang-terbalik. So antara TIPS yang aku dapat dari lecturer-lecturer, profesor-profesor yang dah ada PhD, diaorang cakap tips nya ialah - hari-hari menulis at least 5 minutes. 


WARMING UP
5 minit pertama tu hanya tulis jer secara santai - tak yah fikir pasal grammar ker, content jer, ayat betul ke tidak,  janji tulis jer apa yang terlintas di kepala - tulis secara santai. 

So, that's why, aku start hari -hari aku dengan buat warming up dengan update blog. Aku cerita kat entry ini - "Warming Up".  

"My blog is my inspiration"

Biasanya kalau tulis kat blog, pemikiran kita tak terikat dengan content-content akademik. So, kita bebas nak tulis apa saja di blog. Orang baca atau orang tak baca - itu belakang kira. Janji kita tulis dan blog kita ter-update. Bahasa yang kita guna kat blog pun santai jer.. 

So, bila dah siap 1 blog entry , aku terus sambung tulis tesis pulak. Kalau tak tulis pun, aku buat lah apa-apa kerja yang related dengan reseach aku macam baca journal ker, buat mind-mapping ker, atau just tulis 1 paragraph introduction part pasal benda yang kita nak tulis tu. Contohnya, hari tu kita nak tulis pasal  'Calsium Bikarbonat' - so tipsnya tulis jer apa yang terlintas dari kepala kita pasal Calsium Bikarbonat tu 1 perenggan jer. Tulis jer apa yang ada di kepala kita tanpa mengira kesalahan grammar dan kesalahan ayat. 

Work for Imperfection
Work for Imperfection! - lepas dah tulis tu, nanti korang akan rasa teruja nak tulis dan tulis lagi.. Percayalah.. Jangan fikir nak jadi PERFECTIONIST sebab sampai bila-bila pun kita ni TAK PERFECT, yang perfect tu hanyalah Allah swt.

Kalau korang tak ada blog, cuba korang try tulis kat Facebook. Mesti ada facebook kan? hihi.. Tulis apa-apa jer - contoh macam - Breakfast Hari Ini atau My Bento. hihi.. Sound poyo?? Pedulikan kata orang, janji kita tulis jer. Kalau ada orang kecam korang - tulis je situ kalau tak suka, silalah unfollow (EHH!)... hahahahha

Buat PhD Sebab Nak Menjadi Pensyarah Ke?

$
0
0
Buat PhD Sebab Nak menjadi Pensyarah Ke? - Aku selalu dapat soalan ni.. Bosan tahu tak bila orang duk ulang-ulang tanya kita soalan yang sama jer dalam tempoh masa bertahun-tahun. Bukan sekali dua aku kena menjawab soalan cegini, 101,101 kali dah kot.. huhuuhu.

Sebabnya di Malaysia ni, memang dah menjadi norms bila seseorang sambung PhD, mesti dia akan jadi pensyarah (Tapi aku rasa ramai je yang tak jadi pensyarah, contoh macam Dato Dr Fadzillah Kamsah). Dah jadi sinonim di Malaysia ni, PhD Holder akan bekerja di universiti dan menjadi academician. Even kalau menjadi pensyarah tanpa PhD pun, mesti pihak universiti akan suruh pergi sambung belajar.

 Image result for phd thesis

Negara Memerlukan Pemikir / Thinker

Tapi kalau kat negara-negara maju macam US atau Europe, bidang industri dipenuhi oleh PhD Holders. Contoh syarikat Apple tu, berapa ramai PhD graduate kerja kat situ. Sebab apa? Sebabnya negara memerlukan THINKER / PEMIKIR untuk membangunkan negara. Sebab tu negara diaorang boleh jadi MAJU. Sebabkan pemikir-prmikir inilah yang akan berfikir untuk memajukan syarikat berkenaan dan seterusnya melonjakkan perkembangan ekonomi negara tersebut.

Di Malaysia pulak, kita belum lagi mencapai taraf negara MAJU, baru taraf negara membangun, so sebab tu  industri di Malaysia tak memerlukan PhD Graduate. Dan end-up graduate PhD biasanya akan bekerja di sektor pendidikan dan penyelidikan.... 

Itulah bezanya antara negara MAJU dan negara MEMBANGUN. Entah bilalah Malaysia dapat menjadi Negara Maju dengan kepimpinan sekarang ni. huhu.. So, stigma masyarakat Malaysia yang selalu tanya aku soalan tu - Buat PhD Sebab Nak menjadi Pensyarah Ke? Bukanlah salah diaorang, tapi diaorang dah biasa tengok keadaan tu - bila grad, mesti akan jadi pensyarah. Nanti bila Malaysia dah jadi negara Maju, aku rasa stigma macam ni mungkin tak kan wujud lagi kot.

Ok, secara jujurnya, aku sambung belajar BUKAN UNTUK MENJADI PENSYARAH. Aku sambung PhD sebab aku suka belajar dan belajar. At the same time, aku jugak suka menulis dan suka membaca, so keputusan aku untuk sambung belajar sampai dapat PhD adalah keputusan yang tepat walaupun hakikatnya aku hanya seorang SURI RUMAH. 

Aku enjoy buat PhD (walaupun kadang-kadang stress sampai menangis bucu katil). Aku enjoy belajar, sebab hari-hari aku dapat belajar benda baru. Soal kerja selepas grad tu , kita fikirkan kemudian. Priority sekarang ialah habiskan dulu belajar ni sampai GRAD. Minat mengajar tu ada, tapi untuk menjadi lecturer, aku rasa bukan masanya kot. Sebab aku malas nak buat research dan journal paper. hahhaha.. Jadi lecturer part time (jer!) boleh la kot. 

Image result for phd convocation at oxford university
1 hari nanti - InshaAllah!. Sumber gambar dari google image)


Nak kerja apa lepas grad?
Aku tak terfikir lagi nak kerja apa lepas grad nanti. Sebab aku pun duk tengah serabut nak siapkan research ni. Plan tu ada lah, tapi itu semua perancangan, keputusan muktamad belum buat lagi. 

Orang macam pelik, bila aku jawab - aku nak jadi suri rumah. Then, akan keluarlah kata-kata "belajar tinggi-tinggi, nak jadi suri rumah jer?". Yes, my ultimate life goal is wanna be a housewife. But, of course la, i also wanna earn some money by myself.

Well, salah ke menjadi suri rumah? Hina sangatkah menjadi suri rumah? 

Di sisi Allah swt, profesion suri rumah tu sangat tinggi darjatnya. Dari pagi bangun tidur, buat kerja tanpa henti sampailah waktu tidur di malam hari. huhu. 

Tapi ramai orang tak boleh terima dengan orang yang berkelulusan sarjana memilih jalan untuk menjadi suri rumah. huhu.. (sedih weeeh).. Sebab kata mereka ialah - orang kelulusan SPM pun boleh jadi suri rumah jugak.

Apa yang salahnya menjadi suri rumah? Adakah PhD Holder TAK LAYAK jadi suri rumah? Ye memang betul, tak yah belajar tinggi-tinggi, ada SPM pun dah cukup untuk menjadi suri rumah. 

Tapi cara pemikiran tak sama antara SPM Holder dengan Degree Holder. Orang yang ada degree bila jadi suri rumah, inshaAllah dia boleh sekali menjadi cikgu tuisyen kat anak-anak dia. At least dia tahu macam mana nak buat homeschooling. Dah jimat dah duit kat situ dari antar anak ke kelas tuisyen. 


Mewujudkan Tamadun Manusia Yang Berilmu 

Ilmuwan Islam - Umar Khayyām
Umar Khayyam - Mathematician
In order untuk membangunkan negara atau untuk mewujudkan sebuah tamadun / civilisation, manusia yang berilmu dan berguna untuk negara dan bangsa, kita memerlukan orang-orang yang berilmu. Dan orang-orang ini akan mencorakkan pemikiran anak-anak kecik untuk turut mencintai ilmu dan menjadi orang yang berilmu. Dan inshaalah anak-anak tadi akan membesar untuk mencintai ilmu (ilmu dunia dan imu akhirat). Dan bermula dari jiwa anak-anak muda yang merupakan golongan berilmu atau pemikir, mereka berjaya membangunkan negara atau mewujudkan sebuah tamadun yang hebat.

Contoh kita tengok ilmuan-ilmuan Islam zaman dulu-dulu macam Ibnu Batutah, Imam As-Shafie, al-Khawarizmi, al-Farabi, Ibnu Sina, Umar Khayyam, Imam Malik,  dan ramai lagi para ilmuan Islam yang tersohor. Bermula dari mereka, Islam dikenali sebagai Tamadun Berilmu dan menjadi tamadun tersohor sehingga orang kafir pun takut dengan orang Islam.

So, dari mana datangnya orang-orang yang hebat ini kalau bukan dari didikan ibu-bapa mereka? Bukannya mereka lahir-lahir terus jadi pandai, mereka belajar dan belajar dan belajar sampailah menjadi pandai seperti mana yang dikenali. Dan segalanya bermula dari pelajaran dari rumah seawal mereka dilahirkan di dunia lagi. Ibu bapa yang mencorakkan masa depan anak-anak

So, disinilah pentingnya kaum-kaum ibu yang belajar tinggi-tinggi. Yang mampu menghanyunkan buaian sehingga mampu mengoncangkan dunia. Ibu yang berilmu boleh mendidik anak-anak mereka dengan ilmu jugak (InshaAllah). Dan secara tak langsung, dengan degree yang digenggam oleh si ibu itu, ia diharap mampu memberi inspirasi kepada anak-anak mereka untuk turut sama mencintai ILMU dan turut sama belajar sehingga ke tahap tertinggi sama seperti si ibu. 

Wallahualam.

#my2cents

p/s : I'm crying writing this entry. A bit emotional when it comes to motherhood. huhu . Sorry. this entry is quite long. But thank you so much for reading every inch of it.

Surat Terbuka Untuk Si Perokok

$
0
0
Aku geram betul la ngan lelaki-lelaki yang hisap rokok ni! Bukannya tak de perempuan hisap rokok, ADA. Tapi orang perempuan yang hisap rokok ni aku nampak diaorang lebih 'beradab' dan menjaga sensitiviti orang-orang sekeliling. 

Tapi orang lelaki yang smoking ni langsung tak hiraukan orang-orang sekeliling especially kalau lepak kat kedai mamak. Dah banyak kali dah aku tengok. Ada sekali tu kiri kanan meja aku diaorang duk smoking asap berkepul-kepul. Langsung tak kisah ngan anak kecik (FL) yang duduk kat meja aku tu!.. Sekarang ni lagi lah, aku tengah pregnant. Tak kan lah tak perasan perut aku yang besar macam tong gas ni. Memang geramla!

Tak kan  nak cakap -"jangan lah lepak kedai mamak". Habis tu tak kan lah wanita yang anti-rokok tak boleh nak makan-minum kat kedai mamak? Kitaorang pun ada hak jugak nak makan kat mana-mana. 

Selama ni aku duk perhati je ragam-ragam si perokok tegar ni. Lepas satu kotak-satu kotak. Lantaklah! itu duit korang. Tapi tolong lah hormat jugak orang-orang sekeliling. Yang hisap guna VAPE tu lagi lah aku bengang, sebabnya asap VAPE tu berkepul-kepul. Diaorang tak lemas ke erk duk sedut asap kotor tu.Addduuss.

So, kalau lepak mamak, bila berhadapan dengan si perokok, biasanya kitaorang terpaksa makan laju-laju dan cepat-cepat balik. Tak tahan lah nak stay situ lama-lama. (En.suami aku pun tak tahan ngan bau & asap rokok). 

2-3 hari lepas. Masa aku tengah breakfast kat McD. Ada sorang lelaki ni (muda lagi - nampak gaya macam masih bujang), duk hisap vape. Padahal, dia semua meja sekeliling dia tu semuanya budak perempuan - ada yang masih single atau ada yang dah jadi mak orang macam aku ni. Dia langsung pun tak kisah ngan kaum Hawa ni. 

Selamber je dia duk sedut asap VAPE tu. Yang pompuan-pompuan ni aku nampak ada yang tutup hidung dengan tudung or tangan diaorang - sebab tak tahan ngan asap rokok tu. Bukan semua pompuan boleh terima ROKOK. Ramai orang perempuan yang memang tak boleh tolerate langsung. 

So, sebabkan terlalu geram sangat. Aku pun tulis surat ni dan serahkan pada Si Perokok tadi. Aku malas nak bersuara sebab tulisan aku lebih efficient dari kata-kata aku (Spesis pendiam.ehh!)


 Aku tulis surat ni masa mood tengah marah. huhu

Si dia terus baca surat tu. Lepas dah habis baca, aku nampak dia senyum & dah tak hisap lagi dah vape tu sampailah aku berlalu pergi. Lepas tu, aku tak tahu lah dia continue ke tak. Kesiannya kat pompuan-pompuan yang duduk sekeliling dia tu.

"Wahai Si Perokok, samaada lelaki atau wanita, tolonglah alert dengan keadaan sekeliling anda. Tolonglah sensitif dengan oranf-orang yang berada di sekeliling anda. Janganlah pentingkan diri-sendiri jer sampaikan kanak-kanak dan ibu mengandung turut menerima kesannya.."

My Pregnancy Diary :: Masa Untuk Fisioterapi

$
0
0
My Pregnancy Diary: Fisioterapi & Maternity Belt - Masa kandungan aku masuk 3rd trimester (To be exact when i was 7 months preggy), aku rasa macam sakit sangat kat bahagian ari-ari dan celah peha. Nak berjalan pun rasa sakit. So jadinya aku terpaksa jalan perlahan-lahan sambil pegang bawah perut.. Sakit pinggang (hips) kat bahagian belakang tu jangan cakap lah. Kadang-kadang masa tidur pun terasa sakit pinggang tu. 

Terasa seksa jugak lah sebab tak boleh nak berjalan dalam pace normal.

Then masa buat antenatal check-up 8 months, aku bagitaulah kat gynae yang aku sakit situ. Pastu gynae cakap :

"Sebab tulang pelvic awak longgar, sebab masa previous pregnancy, tulang pelvic tu tak masuk betul-betul dalam frame dia. Sebab tu awak rasa sakit jer skrang. So, skrang awk kena pergi fisio buat IT & exercise& nanti awak kena pakai maternity beltuntuk support pelvic awak. Awak kena pakai belt tu setiap hari mulai sekrang dan selepas deliver selama 3 bulan untuk pastikan pelvic awak kembali ke keadaan normal semula lepas bersalin nanti. Kalau tak, nanti next pregnancy, awak akan lagi rasa sakit lebih teruk dari sekarang ni".

Pastu, gynae terus antar aku ke Bahagian Fisioterapi untuk buat treatment. 

Kat Bilik Fisio, aku kena buat treatment Physiotheraphy Belt. dan beberapa exercise lain. Adalah dalam 30-40 minit buat treatment semua tu. Physiotheraphy Belt tu dia guna mesin elektronik (Electronic Traction Machine) yang menggunakan kuasa elektrik - untuk merawat penyakit & sakit-sakit di bahagian badan sekitar cervical & lumbar.

http://www.dorsettpink.com/2018/03/my-pregannacy-diary-maternity-belt.html
Masa buat fisio hari tu

Then, aku pun belilah maternity belt seperti yang disarankan oleh doktor kat hospital tu jugak. Nasib baik Hospital ada jual. 

http://www.dorsettpink.com/2018/03/my-pregannacy-diary-maternity-belt.html
Yang ni aku beli dengan harga RM 68. Aku tengok kat Farmasi luar dijual dengan harga RM 75. Kat Mothercare dijual dengan harga RM 99 (tapi jenama lain).


Lepas buat fisio hari tu & hari-hari pakai maternity belt ni, aku rasa bertambah baik lah. Dah boleh berjalan laju macam sebelum-sebelum ni. Dan dah tak sakit dah kat celah peha & kat bahagian ari-ari. Sekarang berjalan pun, dah tak perlu pegang bawah perut sebab dah tak sakit. InshaAllah, aku akan continue pakai maternity belt ni sehingga baby berusia 3 bulan.

Alhamdulillah! Dah Selamat Bersalin Kali Kedua

$
0
0
Alhamdulillah! Tepat Jam 12.26 tengahari 10 Mac 2018 hari tu, aku dah selamat bersalin anak kedua di Hospital KPJ Ampang Puteri.

 
Baby girl - FL Junior seberat 2.6 kg. Bersalin secara normal. Aku bersalin awal masa 37 minggu 5 hari. Ingatkan bersalin tepat-tepat masa 40 minggu. Tapi baby tak sabar-sabar nak jumpa mummy & daddy & FL Senior, so sebab tu lah dia keluar awal tu. hihi.

Siapa yang follow instagram aku - @dorsett.pink mesti tahu tentang berita ni. Sorry aku lambat update blog sebab M.A.L.A.S nak bukak laptop, nak update kat handphone tak best - skrin kecik, sakit mata. hehe . (Alasan!!)

 Masa ni fresh from mummy's tummy lagi - kat dalam labour room. Belum mandi lagi.

 Terkejut mummy - masa tengah duk push-push tu, tetiba dah ada seorang manusia atas perut mummy. Sebab masa push tu aku tutup mata sebab takut nak tengok segala peralatan dalam labour room tu dengan dua-dua kaki kena ikat.. huhu.. Takutnya..


Nanti next entry aku up cerita pasal pengalaman aku bersalin kali ni. Totally different from the previous one. hihi.. Tapi lebih mudah dari bersalin Kakak FL dulu. Mudah sangat-sangat. Natilah aku cerita.

Till then, thank you for reading. Nantikan update seterusnya ya.

Hantar Servis Pam Susu Spectra M1

$
0
0
Hari tu sebelum bersalin , masa kandungan aku baru masuk 9 bulan, aku hantar my breast pump Spectra M1 pergi servis. Plannya, aku akan dapat balik pam susu ni sebelum aku bersalin. Tapi Kuasa Allah, baby FL nak keluar awal, jadinya selepas bersalin baru aku dah kembali pam susu ni sebab aku baru aku buat bayaran selepas aku discharrge dari hospital. huhu.

 Pam susu ni aku guna masa Kakak FL dulu. Aku pam susu setahun jer. Genap Kakak FL umur setahun aku dah tak pam dah sebab susu dah tak ada, so aku bagi Kakak FL dengan susu Pediasure. Bila aku kat rumah, Kakak FL direct feeding ngan aku sampailah umur dia 2 tahun, baru wean off sepenuhnya.

So kiranya dah 3 tahun la pam susu ni tak guna. So sebelum nak guna balik secara intensif selepas ni, kita hantarah pergi servis supaya pam ni masih dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. 

Menurut technician Spectra, motor pam ni nak rosak dah, sebab tu bunyi dia kuat. So aku kena ganti motor baru. Kalau tak ganti, pam ni akan rosak tak lama lagi and totally tak boleh digunakan lagi. Nasib baik dapat detect awal. 

Total bayaran untuk servis dan tukar motor ialah RM 160 (Tak termasuk postage). Kalau servis saja, just RM 70 jer. 

 Aku pos je ke Pusat Servis Spectra. Balut tebal-tebal dengn bubble wrap.

Pastu letak dalam kotak. Mampatkan supaya pam tu tak bergerak.

 Kos pos semua sekali R 35.00. RM 24 bayaran untuk pos laju. 
Selebihnya ialah bayaran harga kotak (Sebab aku beli kotak).


Jadinya sementara belum dapat kembali lagi Pam susu ni, aku guna dulu pam susu manual - Medela Harmony yang aku beli masa bersalinkan kakak FL dulu jugak.

Kalau sesiapa yang nak hantar servis breastpump Spectra atau nak baiki breastpump korang, just call je No Fon ni : 0356317288 . Nanti diaorang bagi alamat dan info detail.

Till then, thank you for reading ya

Pengalaman Bersalin Anak Ke2 Part 1 : Hari-Hari Sebelum Bersalin

$
0
0
Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari ke-20 aku berpantang. Susahnya lah nak update blog masa tengah pantang ni. huhu.. kalau ada masa terluang pun, aku nak berehat. Hari ni aku cuba jugaklah update skit.

Ok, hari ni aku nak cerita hari-hari aku sebelum bersalin hari tu. Actually, sebelum bersalin tu aku ada buat draft entry - cerita tentang hari-hari aku masa tu tapi aku tak sempat nak publish. Jadinya, draft tu dah aku buang dalam tong sampah sebab dah tak relevan untuk dipublish.. huhu..

Masa Preggy 8 Bulan
Ok, masa ni aku dah rasa braxton hicks. Tapi tu just false alarm jer lah. Still boleh chill lagi. Masa ni aku dah berjaya submit Final draft tesis aku. Yahooo!

Masa ni jugak, aku bagitau kat gynea aku (Dr.Zalina - Hospital KPJ Ampang Puteri) yang aku tak nak bersalin awal sebab en.suami aku outstation ke Jepun selama 2 minggu. So, kalau aku bersalin awal, kesianlah kat aku en.suami tak ada di sisi.

Then, doktor tanya, 'bila dia balik sini & bila pulak dia akan fly?'. Aku bagitaulah tarikh en.suami balik dari Jepun & dia tak fly dah, tunggu aku habis pantang dulu, baru gi outstation semula.

Pastu my gynea cakap - 'OK, kalau macam tu, kita jumpa semula lepas your husband balik Malaysia. But for the time being, you jangan makan best-best tau, jangan makan benda pedas-pedas & jangan banyak sangat berjalan. Sebab makanan pun boleh trigger the labour. Sebab tu masa musim hari raya, ramai orang bersalin'.

Baru aku tahu yang makanan pun boleh jadi natural induce .So sepanjang, en.suami aku tak ada, aku tak makan lah benda yang best-best. Just makan makanan biasa-biasa jer. BFF ajak keluar makan-makan pun, aku terpaksa tolak.

Kawan aku dah pesan awal-awal kat aku suruh prepare hospital bag siap-siap. Tapi aku malas lah nak packing. huhu.


Masuk Minggu Ke-36
Aku ke library universiti macam biasa. Tapi tak adalah berjalan banyak sangat. Hospital bag pun belum packing lagi.

Masuk Minggu ke-37
Hari Isnin - Masih ke library. And ada jugak braxton hicks. braxton hicks je, so relax je lah. Masa kat library tu, aku duk berwhatsapp ngan kawan aku di Perak. Dia tanya pasal hospital bag, aku cakap aku belum pack lagi. Pastu dia marah, dia suruh pack jugak hari tu. Pack benda yang penting-penting je katanya.

Hari Isnin tu jugak en.suami balik dari Jepun. Happynya.. Malam tu aku pack hospital bag. 

Antara benda yang wajib aku bawak dalam hospital bag - breast pump. breast pump ni gunanya untuk stimulate milk supply sebab awal-awal kelahiran pengeluaran susu sikit jer.. Bukan untuk buat stok susu lagi.

Hari Selasa (6 Mac 2018) - Aku pergi routine check-up yang telah dijanjikan pada hari tersebut. Macam biasa, drive sendiri dari rumah. Tapi hospital bag aku letak dalam kereta en.suami, sebab nanti senang dia nak bawak masuk ward. Aku tak larat nak bawak beg berat-berat. 

Bilik gynea kat Aras 4. So aku naik tangga dari bawah ke tingkat 4 tu, jalan slow-slow - untuk exercise.

Masuk je kat dalam bilik consultant, Anis (staffnurse) tanya 'ada contraction tak?'. Aku cakap'cuma braxton hicks jer - tak sakit sangat'.. Pastu dia suruh aku pergi labour room dulu , buat CTG sementara tunggu giliran nak jumpa doktor.

Buat CTG selama 30 minit - tak nampak ada contraction pun.

Masa jumpa gynea  :

Doc : Awak sihat?

Aku : Sihat, Alhamdulillah. Cuma rasa penat sangat. Saya rasa nak buat fisio lagilah Dr.

Doc : Husband dah balik Malaysia?

Aku : Dah.

Doc : Ada contraction tak?

Aku : Braxton hicks jer doc.

Doc : Ok, jom scan perut.

Masa Dr pegang-pegang perut aku masa tengah scan perut tu, dia cakap ada contraction - Medium Contraction. Dia tanya aku - 'ada rasa tak?'. Aku cakap 'tak'.

Pastu dia terus nak buat VE (vaginal examination). Dia cakap dah ada bukaan 2 cm. 

Dr tanya aku either nak balik rumah ke atau nak stay kat ward. Aku cakap 'nak balik dulu. Sebab masa previous pegnancy, bukaan aku lambat - 1cm seminggu, minggu ke2 - 2cm, masuk minggu ke3 Dr. induce'.

Doc : Ok, awak balik. Malam ni datang ke labour room buat CTG & VE. Takut dah terbuka 4 cm malam ni. Kalau 4cm, saya tak bagi awak balik dah. Dah kena masuk labour room tau.

Aku : OK. Baik Dr.

Malam tu aku datang ke labour room hospital buat CTG & VE. Sakitnya nurse buat VE. Adduuiii. Sangat tak suka. Lepas buat VE tu aku jalan terkepit-kepit macam tahan kencing sebab still rasa sakit. Bila doktor buat VE tak pulak rasa sakit. huhu.. Result = bukaan cervix still sama - 2 cm. So aku boleh balik rumah. Jumaat baru datang semula jumpa doktor.

Masa tidur malam tu, aku adalah rasa sakit - sakit contraction. Tapi try tido. Kalau dapat tidur lena, maksudnya bukan masa nak beranak lagi. Alhamdulillah, aku dapat tidur lena sampai pagi. Malam berikutnya pun sama gak macam tu. 



Exercise For Natural Induce

Rabu & Khamis (7-8 Mac 2018) - Aku stay je kat rumah, kemas rumah. Cuci peti ais,cuci deep freezer. Nantikan nak buat stok EBM. hehe. Aku basuh toilet, mop lantai (guna kain), lipat baju. Semua kerja rumah lah aku buat kecuali masak. Semua tu aku buat dalam posisi bercangkung (ni exercise untuk kuatkan tulang pelvic, nanti senang nak push).

Dalam 2 hari ni aku ada gak rasa sakit, cuma rasa sakit macam segugut yang teruk tu. Tak ada lagi rasa contraction yang maha dashyat tu. So, still duduk rumah je lah, buat apa yang patut. Kalau rasa sakit dah tak tahan dah, baru aku ke hospital. 

Kawan aku bagi pinjam gym ball ni. Dia kata, dia main gym ball ni masa dah nak dekat bersalin (masa tengah sakit contraction yang teruk tu) sebab dia kata dia takut terbersalin awal kalau main gym ball ni awal-awal. So, rabu khamis tu aku duduk jer atas gym ball ni - buat macam squat (tapi posisi duduk atas ball). Siang malam aku duduk atas gym ball ni.

Pastu, kalau tak bercangkung masa buat kerja rumah tu, aku buat jalan itik. Tapi orang tengah sarat hamil dengan perut yang berat tu, setakat mana jer boleh buat. So aku buat ala kadar je lah.. Bila penat, aku stop.

Upright deep freezer ni dah berjaya dibersihkan hari tu. So nanti bolehlah buat stok EBM banyak-banyak.

Mengidam
Dah lama aku mengidam nak makan meatball IKEA BANYAK-BANYAK. Aku bold perkataan banyak-banyak tu, sebab memang aku nak sangat makan lebih dari sepinggan. Biasanya kalau pergi IKEA makan meatball sepinggan (15 biji) dah rasa kenyang dah. Tapi kali ni memang mengindam nak makan banyak-banyak pinggan. (Melampau sungguh!). Pastu nak makan ikan Salmon IKEA tu jugak.

Khamis tu, BFF aku - Si EM ambik cuti, dia pergi ke IKEA Damansara belikan makanan yang aku nak tu. Pastu dia drive hantar ke rumah aku, kitaorang makan sama-sama. Fuhhh! Lega. Dia pun terkejut tengok aku dapat habiskan semua. Memang amazing! Dia kata - 'ni baby yang nak makan ni, bukan mommy'. hehe. Thank you EM. Love you till Jannah!.

Ada lagi 1 benda yang aku mengidam nak makan masa preggy 9 bulan tu iaitu Dim Sum kat Dolly Dim Sum tapi tak sempat nak makan..huhuhu.


Alhamdulillah, dapat gak 'baby FL' merasa makan meatball & salmon ni. 

Jumaat (9 Mac 2018) - 37 minggu 5 hari
Hari ni aku ke hospital Ampang Puteri seperti yang dijanjikan. Aku drive sendiri sebab memang aku masih boleh drive. So, aku tak suruh en.suami hantarkan. Aku tak nak susahkan dia. Memang biasanya kalau check-up dia tak ikut. Aku tak nak dia ikut, sebab nanti lama menunggu - membazir masa dia jer. Lebih baik masa tu dia bereskan kerja-kerja dia.

Macam biasa, aku naik tangga dari bawah ke Aras 4. Orang yang ada kat tangga tu risau jer tengok aku. Diaorang siap suruh aku naik lift lagi.hahahha.

Aku fikir, kalau hari ni belum admit lagi, aku nak ke IKEA lepas check-up ni, nak cari barang sikit. Aku dah mintak izin dari en.suami nak ke IKEA.

Jumaat tu, aku kena pergi labour room dulu buat CTG. Hasil CTG - tak ada contraction.

Masuk bilik DR. Terus Dr scan perut. Dia letak tangan dia atas perut aku,doc cakap ada contraction kuat ni. Doc tanya'awak tak rasa ke?'. Aku cakap 'Tak'. Pastu dia buat VE & terus kata dah 4 cm. So aku kena masuk labour room dah. 'Dah tak boleh balik umah', gurau dr. hahaha..

Hasil scan = baby berat 2.6 kg & doc kata baby dah turun ke bawah dah. Kecil sikit dari kakak FL dulu which was 2.9 kg. Tapi Kakak FL dulu lahir cukup-cukup 40 minggu. 

Pastu gynea cakap yang aku ni jenis orang yang tahan sakit. Ye Ke??? errrm. Aku rasa aku ni jenis yang tak tahan sakit. Sakit kena gigit lebah pun dah rasa sakit giler. So manja lah kononnya. Aku cakap kat doktor, yang aku cuma rasa sakit segugut, so masih boleh bertahan lagi. Sebab sakit (kontraksi) yang betul-betul dashyat tak datang lagi. Pastu doc cakap, ada patient dia, bukaan dah 9cm pun boleh senyum lagi. hahahahha.. Confirm tu bukan aku.  

Keluar dari bilik gynea jam 2 petang. Aku mintak ngan doktor masa 2 jam untuk ke labour room sebab aku nak lunch dulu & nak solat dulu. Doc bagi green light.

Terus aku call en.suami suruh datang hospital. Hari Jumaat of course lah dia tak angkat tepon sebab gi solat Jumaat. Jam 2.30 pm baru call aku dijawab. Dan terus aku call school FL cakap FL nak balik awal hari ni daddy dia datang ambik kejap lagi. 

Inilah lunch aku hari tu. Sebab makanan kat cafe semua dah habis. Nak berjalan ke Ampang Point malas sebab panas terik. 

Jam 4 pm - aku masuk ke labour room. 

Pastu, kita sambung ke episod seterusnya k. Panjang sangat dah entry ni. 

Btw, thank you for reading ya.

Mandian Herba Semasa Berpantang

$
0
0
Hari ni hari ke-27 aku berpantang.. Sepanjang berpantang ni aku dijaga oleh Confinement Lady dari Fazrina Postnatal Care

Alhamdulillah ada orang jaga, so strict jugaklah cara aku berpantang ikut cara tradisional orang Melayu dari berurut, bertungku, pakai pilis, bertangas, mandi herba dan yang paling penting ialah berpantang makan.Kalau aku sendiri, aku rasa aku akan buat mana yang sempat je lah, soal makan pun tak terjaga sangat. 

Mandi herba ni sangat penting untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Almaklumlah dah banyak urat putus, dah banyak darah hilang, jadinya mandian herba ni dapatlah juga untuk mengembalikan kesegaran pada tubuh badan kita.

Apa bahan yang diguna untuk mandian herba?
- Daun pandan
- Uncang mandian - ada dalam set bersalin
- Daun limau, daun serai wangi
- Uncang green tea

Semua bahan tu direbus. Pastu ditambah dengan air biasa. Suhu air pastikan 'suam' jer. Bilasan terakhir mesti ngan air herba ni, lepas tu terus lap je badan dengan tuala.



 Rebus semua bahan dengan air biasa sampai mendidih. Mandi herba ni dimandi 2kali sehari - pagi dan petang. Ibu berpantang tak elok mandi malam-malam, nanti sejuk.

 Aku guna uncang teh hijau ni. Kalau tak ada teh hijau, guna jer teh biasa. Guna uncang teh ni sebabnya teh bagus untuk kesihatan bada. Bagus untuk kehalusan kulit dan melancarkan peredaran darah. o sepanjang berpantang ni, aku banyak minum air green tea. Sedap sangat..

Sesi Mencuci Soft Toys

$
0
0
Masa kehamilan aku masuk ke usia 9 bulan hari tu, salah satu 'what-to-do list' aku ialah nak basuh semua soft toys Kakak FL. Sebab nak bagi adik main pulak lepas ni. Kakak FL dah tak main dah semua soft toys ni. Dia sekarang main kids toys jer. 

Jadinya, hari tu (sebelum bersalin), mummy kumpul semua soft toys tu (nasib baik tak banyak sangat), untuk dibasuh.
 
 Mula-mula, kumpul dulu emua soft toys

 Pastu, rendam kejap dalam 15 minit dengan air sabun. Lepas tu, basuh (guna tangan).



 
Pastu, jemur!

Sekarang, semua soft toys ni dah ready dah untuk Baby FL main sebab sekarang aku dah start dah training session baby FL untuk stimulate sensory skill, motor skill & cognitive skill dia. Nasib baik dulu tak buang semua mainan ni. Kalau tak, rugi jer duit mummy nak beli balik semua ni..

My Travel Gear :: Padlock

$
0
0
My Travel Gear :: Padlock . Travel gear. Konon maam gempak jer bunyinya. Padahal padlock jer. Tak kisah lah tajuk macam mana pun, janji korang faham apa benda yang aku nak share ni. 

Padlock - Salah satu benda yang paling penting untuk travel. better lock luggage korang kalau nak check-in bagasi supaya nanti terselamat la jugak harta karun dalam beg tu. Memang orang still boleh kopek kunci tu, tapi risikonya kuranglah sikit.

http://www.dorsettpink.com/2018/04/my-travel-gear-padlock.html

So, ini aku punya koleksi padlock. Nampk macam banyak, nampak jer. Tapi sebenarnya tak banyak mana pun. Kalau nak travel 1 family sure banyak beg yang dibawa kan, so senanglah nak cari.

http://www.dorsettpink.com/2018/04/my-travel-gear-padlock.html

 Aku simpan padlock semua ni dalam kotak kecik UMobile ni jer. Kotak ni  diletak sekali mgan barang-barang travel lain. So, bila nak packing barang, senang cari kat 1 tempat jer. 


TIPS - Kalau travel stay kat hostel backpacker atau guest house seeloknya bawak spare at least 1 padlock ni. Sebabnya kebiasaan di kebanyakan hostel, almarinya atau locker tak berkunci dan guest kena guna padlock sendiri. Kalau terlupa bawak, boleh jer beli kat destinasi yang kita pergi tu tapi better bawak sendiri dari rumah, boleh jimat duit sikit.

Ada sesetengah hostel yang bagi sewa padlock ni, but still u need to pay. Selagi boleh berjimat bila travel, eloklah berjimat, duit tu boleh jugak digunakan untuk beli sourvenir untuk yang tersayang.

Breastfeeding : Mommy Stress Sebab Susu Sedikit Selepas Bersalin

$
0
0
My Breastfeeding Journey : Mommy Stress Sebab Susu Sikit Lepas Bersalin.Aku ingat lagi masa aku bersalinkan kakak FL 4 tahun lepas, stress aku bila susu tak ada, pastu baby pulak duk menangis dan menangis dan menangis sebab LAPAR. Stress aku! Dah lah penat nak beranak tak habis lagi, pastu sakit pulak kat tempat jahitan episotomi, pastu sakit lagi dengan buasir. 

Walaupun sebelum bersalin tu aku dah siapkan diri baca itu ini pasal breastfeeding. Pergi kelas menyusu sana sini. Tapi bila anak dah ada depan mata, stress jugak!. 

Aku percaya ramai ibu-ibu yang stress masa awal-awal berpantang. Bukan aku sorang. Ye lah mana tak stress nya, kita masih penat, masih lagi tak kuat, pastu duk dengar pulak anak melalak. Ibu mana yang boleh duk diam kalau anak menangis. 

Pergi Kelas Penyusuan 

Masa aku gi kelas breastfeeding dulu, cikgu-cikgu tak de pulak cakap pasal susu tak ade masaawal-awal kelahiran. Cikgu-cikgu banyak duk cakap pasal 'milk supply', pasal macam mana nak pegang baby, pasal nursing positioning, pasal macam mana nak handle EBM dan banyak lagi lah. tapi at least OK lah jugak, at least ibu-ibu dapat jugak pengetahuan pasal breastfeeding dari langsung tak tahu apa.

http://www.dorsettpink.com/2018/04/breastfeeding-susu-sedikit-diawal.html
Macam-macam buku dan sumber internet aku study dulu . Tapi bila baby dah ada depan mata, panik jugak.

Aku ingatkan bila ada dah ilmu-ilmu BF ni, aku boleh menyusu anak aku dengan success nya. Tapi REALITINYA - TAK .Tapi nasib baiklah aku tak ambik tindakan drastik - bagi SUSU FORMULA. Sekurangnya aku bersyukur jugak dapat pergi ke kelas penyusuan sebelum tu, dapat jugak info pasal KOLOSTRUM, Kaunselor Laktasi, dan SUPPORT GROUP.

Kalau suami dapat pergi ke kelas penyusuan lagi bagus sebab suami-suami pun boleh belajar tentang breastfeeding dan tahu apa yang patut suami buat bila si isteri ada masalah dalam breastfeeding.

Skin-To-Skin & Kolostrum
Masa Kakak FL lahir (masa dalam labour room), doktor terus bagi baby kat dada aku untuk buat 'skin-to-skin. Skin-to-skin adalah langkah pertama untuk memastikan breastfeeding berjaya.

Lepas buat 'skin-to-skin', baby perlu disusukan dalam sejm pertama selepas bersalin. Akhamdulillah aku berjaya, dan Kakal FL pun nampak dah pandai latch-on dengan sendirinya. Natural gitew. Masa tu aku nampak susu aku warna kuning iaitu kolostrum.
Hasil carian imej untuk kolostrum 
Sumber imej - google image. NikoJulius.com

Susu Sikit Masa Hari-Hari Awal 
Then bila dah masuk ward, baby dah start menangis. Aku bagi susu tapu dia tetap menangis jugak. Susu aku tak keluar. padahal masa dalam labour room ok jer. En.suami tanya ada bawak pam susu tak, aku cakap tak ada. First time la katakan. mana tahu apa. Tension aku! Baby duk asyik menangis je, aku pulak tengah sakit yang teramat sangat.

Nasib baik en.suami pandai control emosi isteri dia ni. So dia cool je lah. Nasib baik dia tak suruh bagi formula milk kat anak. Pastu aku cakap nak panggil kaunselor lakstasi. Kalau kena bayar pun takpe, aku sanggup bayar dari bagi anak aku minum susu tepung. Pastu dia cakap kat nurse, then tak lama lepas tu, lactation hospital pun datang ke bilik.

Lepas dah habis sesi kaunseling tu, Alhamdulillah Kakak FL dah menyusu dengan tenang sampai dia umur 2 tahun.
Ini stok susu Kaka FL 4 tahun lepas sampai penuh peti ais. Lepas tu terpaksa beli deep freezer.

TIPS Untuk Banyakkan Susu Supaya Baby Tak Lapar

Yang sebenarnya masalah aku ialah - aku tak tahu macam mana nak stimulate nipple supaya susu keluar. 

Memang masa awal-awal kelahiran, susu tak keluar banyak. Susu keluar sikit jer. Dan jumlah susu yang sikit tu sebenarnya cukup untuk baby sebab perut baby kecik jer. Tapi susu ibu ni cepat hadam - baik untuk perut baby. Sebabkan susu tu terlalu cepat dihadam, jadinya baby cepat lapar. Padahal rasanya baru kejap tadi bagi susu, ni dah mintak balik.

Sememangnya macam tu lah, baby akan selalu mintak susu. So, mommy kena selalu susukan baby.banyakkan latch kan baby, kalau boleh setiap 15 minit, bukan setiap 2 jam ok.  

Lepas tu, urut / massage breast tu. Kalau boleh massage sendiri, buat lah sendiri. kalau tak boleh, minta tolong kat mak ke atau tukang urut. Cousin aku bersalin kat KPJ Shah Alam, dia cakap nurse kat hospital tu yang urutkan breast dia. Massage ni ialah untuk stimulate nipple dan stimulate breast  supaya lancarkan pengeluaran susu.

Then, kalau tak boleh massage, pam la.Sebab tu masa bersalin kali ni aku bawak pam susu ke hospital. Sebab aku tak pandai nak massage sendiri. Pam susu ni ialah untuk stimulate nipple supaya keluarkan susu. Awal-awal memang susu keluar sikit. So bila dah selalu sangat pam dan Lacth kan baby, InshaAllah susu akan bertambah banyak.

 Ini beg pam yang aku bawak pergi hospital hari tu.

Nanti bila dah masuk usia baby 2 minggu, InshaAllah breast kita dah start keluarkan banyak susu. Dan masa tu dah boleh jarakkan waktu breastfeeding, dah tak setiap 15 atau 30 minit. Tapi mungkin setiap 1 jam atau 2 jam sekali, depends pada kehendak baby sebab setiap baby tak sama kehendaknya.
Pengalaman Menyusu Baby FL Kali ni
Masa dengan Baby FL kali ni, Alhamdulillah smooth jer. Walaupun baby still menangis masa hari pertama kelahiran tu. Masa tu sebab aku masih penat lagi. Tapi bila dah belajar dari pengalaman dulu, aku dah banyak bersedia dari segi mental. So, kali ni aku susukan Baby FL setiap tempoh 15-30  minit. Memang tak buat kerja lain lah, cuma menyusu & makan & mandi jer. Kalau baby tidur, aku pun tidur sekali. 

Jadinya, kali ni tak ada lah stress pasal breastfeeding ni. Tapi stress kut lain pulak.. Banyak betul dugaan orang berpantang ni. Nasib baik tak meroyan.

Ini hari pertama aku pam susu masa lepas discharge (pam di hari kedua lepas discharge hospital). Masa awal-awal bersalin aku guna pam manual sebab tahu susu tak banyak dan aku pun tak lah lenguh tangan. Sekarang, dah guna pam elektrik sebab tangan dah lenguh-lenguh sebab pam lama-lama.


Postnatal Check-up

$
0
0
Sekarang dah genap 6 minggu aku bersalin. Esok dah 40 hari. yeaaayy!!.. 

Semalam aku gi hospital buat postnatal check-up. Jumpa my gynea - Dr.Zalina dan baby pun turut sama jumpa paed dia - Dr.Nomee Asyikin untuk vaccination 1 month.  Alhamdulillah, baby FL nangis kejap je masa kena inject tu. 

And berat dia pun dah naik ke 4.2 kg, masa lahir dulu 2.6 kg. Banyak kan dia naik? Tu semua sebab penangan susu mommy yang sangat sedap ni. hehe. Mana tak nya, setiap sejam dia mintak susu.Penat mommy. huhu..

 Masa seminggu lepas lahir - pergi check-up jaundice. Jaundice dia normal - 12.9 jer bacaan. So tak perlu admit.

Masa jumpa gynea semalam aku kena buat pap smear. huhu, Takutnya . Tak sakit buat pap smear tu , sebelum ni dah 2 kali buat tapi aku takut. Almaklumlah kan baru lepas bersalin. Takutlah kalau teringat bab jahitan episotomi tu. huhu.

Tapi mujurlah semuanya OK. Dr kata jahitan aku pun dah elok, dah sembuh sepenuhnya. Rahim aku pun dah kecut habis & dah naik dah ke tempat asal dia.. ALhamdulillah..

So sekarang dah boleh kemba ke rutin normal la tapi tak leh lasak-lasak lagi. Nak tunggu 44 hari minngu depan untuk buat rawatan penutup pantang. Lepaas tu kita pergi holiday. yeeaay!!

Ni masa gi check-up lepas seminggu bersalin duduk atas wheelchair. Semalam gi check-up dah tak guna wheel chair.

Pengalaman Bersalin Anak Ke2 Part 2 : Labour Room

$
0
0
Sambungan dari entry - "Pengalaman Bersalin Anak Ke2 Part 1 : Hari-Hari Sebelum Bersalin ".

Jumaat (9 Mac 2018) - 37 minggu 5 hari
Masa buat VE oleh Dr.Zalina, cervix dah terbuka 4cm. Dr Zalina cakap aku dah kena masuk labour room, tapi aku mintak nak masuk 2 jam lagi sebab nak g lunch dan solat dulu. Aku request kat Dr yang aku nak epidural.  Pastu aku tanya Doktor jam berapa agak-agaknya aku akan bersalin. Pastu Dr buat birth plan.


Kata Dr, mula-mula ambik epidural, pastu masukkan pitocin, pastu masukkan antibiotik (sebab aku ada GBS), mungkin dalam jam 10 malam akan bersalin.


Aku masuk labour room jam 4 petang. Aku siap-siap solat jamak Zuhur & Asar sebab nanti bila dah ambik epidural dah tak boleh turun katil.

Labour room bilik no.3 Hospital KPJ Ampang Puteri
Masa tu aku tak rasa sakit contraction lagi. Just rasa macam period pain biasa-biasa jer.

Masuk ke labour room, buat ctg dulu, pastu nurse bagi ubat buang air besar. Ubat tu dimasukkan kat bontot. Lepas masukkan ubat tu, aku terus rasa nak membuang. Tak tahan ooooo. Rasa macam cirit-birit. So, cepat-cepat aku beralan masuk toilet. Nasib baik toilet dalam bilik jer.


Masa buat ctg tu, nampak contraction (through bacaan dari ctg) datang setiap 30 minit.

 
 Ini alat-alat untuk menyambut kelahiran baby


Dalam jam 7 macam tu, nurse datang kata Dr.Zalina cakap yang dia masih dalam OT selesaikan kes bersalin czer seorang patient dia. Dah 3 jam operation tu masih lagi belum selesai. So, Doktor cakap labour procedure tak dapat dibuat malam ni. So Dr proceed untuk akubersalin esok pagi. Anaest, Dato' Dr.Azhar akan datang jam 7 pagi masukkan epidural.

Jadinya, malam tu aku tidur dalam labour room.Nasib baik boleh layan TV dalam bilik ni. Siap boleh layan cerita Angelina Jolie.


Sambil layan TV, sambil baca Surah Maryam. So, x de lah rasa bosan. Aku suruh En.Suami balik tido rumah. Sebab kat rumah lagi best tido atas katil. Aku tak sakit sangat masa tu, tu sebab aku confident suruh en.suami balik rumah, teman Kakak FL. Kalau tetiba sakit, anytime jer dia boleh datang. 5 minit jer drive ke rumah.


 Benda wajib yang dibawa masuk labour room - air kosong, quran & kurma.

Dinner kat dalam labour room

Kalau bosan sangat, aku buat squat, buat jalan itik keliling katil. Nak keluar dari bilik ni segan, sebab ada juga lelaki-lelaki (suami-suami pesakit lain). So, mampu jalan-jalan keliling katil je la.


Jam 9 malam, Dr Zalina datang bilik pakai baju OT. Kesian sangat aku tengok dia. Macam penat sangat-sangat. Mana taknya, lama berdiri kat OT tadi.  Pastu Dr kata :

 "Esok, masuk Subuh awak terus solat tau, pastu nurse masukkan drip (sebab nak masukkan epidural), then jam 7 pagi, Dr Azhar datang terus masukkan epi, mungkin jam 10 - 11 pagi awak akan bersalin".
Dr Zalina seorang yang sangat well-planned. Dan realitinya pun, urusan bersalin aku tempoh hari memang ikut sebijik perancangan Dr Zalina. 

Dr tanya siapa paed yang aku nak? Masa tu aku langsung tak study pasal paedtrician Ampang Puteri. So aku blurr. Aku cakap nanti aku akan bagi jawapan.

After 10 minutes, aku bagitau nurse yang aku nak Paed Melayu. So, nurse assign Dr.Nomee Ashikin sebagai Paed Baby FL. Alhamdulillah, Dr.Nomee tu sangat-sangat baik dan cakap pun lemah-lembut jer. 

 The hallway of labour room. Kat KPJ Ampang Puteri ni, ada 6 bilik bersalin.

Jam 9.30 pm -  Bacaan contraction pada CTG tunjuk contraction datang setiap 5 minit. Tapi aku masih tak rasa sakit lagi. Tapi cuma kerap kencing, setiap 10-15 minit.


Jam 12 malam, nurse datang tanya 'OK tak?'. Aku cakap 'rasa sakit ni'. Masa tu aku rasa sakit macam segugut yang teruk tu, tapi still boleh bertahan. Contraction tu pun aku tak rasa lagi. Cuma rasa segugut teruk tu je la. Maksud aku, contraction yang datang sekejap-sekejap pastu hilang, pastu datang balik. Masa ni aku kencing lagi kerap, setiap 5 minit.

Pastu Nurse call Dr Zalina bagitau yang aku sakit. Then dia tanya nak tak pain killer? Pain killer yang cucuk kat bontot sebelum datang epidural pagi esok. Aku cakap tak nak, sebab boleh bertahan lagi sakitnya.

Jam 12.30 malam -  aku tido.
 
I love writting. Sempat buat nota ni sebelum tido

Sabtu (10 Mac 2018)

Jam 4 pagi aku tersedar sebab dengar bunyi bising, ada ibu menjerit kat bilik sebelah nak beranak. Pastu terus aku tak boleh tido dah. Nurse datang buat VE, masa tu bukaan cervix masih lagi 4 cm.

Masuk je Subuh, aku terus mandi dan solat.  Lepas solat, nurse masukkan ubat buang air besar lagi. Pastu terus je aku macam cirit tak tahan nak membuang. Then, masukkan drip air. En.Suami sampai sebelum jam 7 lagi. Anaest, Dr.Azhar sampai jam 7.30 pagi untuk cucuk epidural.

 
Mesin Epidural. Aku sejenis yang tak tahan sakit. Sebab tu aku request epi.

Lepas masuk epi, masukkan pitocin (ubat induce yang melalui tangan untuk cepatkan bukaan cervix). Nurse buat VE, masa tu cervix aku 5 cm.

Jam 10 am, buat VE - bukaan cervix naik ke 6cm. Jam 10.50 am - bukaan cervix 9 cm. 

Pastu, jam 11 am, cervix masih lagi 9cm. Midwife datang tanya 'ada rasa contraction tak?', aku cakap tak rasa. Pastu dia tanya 'ada rasa berat tak kat bontot?' aku cakap 'Tak'.  Tapi aku rasa gatal merenyam kat badan aku. huhu. Tak tahan gatal tu.. 

Aku bagitau nurse yang aku rasa gatal. Pastu nurse call Dr Azhar. Then, Dr suruh inject ubat gatal kat bontot. Aku rasa tu ubat eczema kot sebab penangan mengantuk dia YaAllah! Macam rasa makan pil tido. Aku tahu ubat eczema mengantuk giler sebab ku pernah makan dulu-dulu.

Masa tu aku duk dengar-dengar bilik sebelah duk menjerit. Aduss lagi cuak aku bila dengar orang duk menjerit. Tak salah aku, masa tu ada 2 bilik lagi bersalin masa tu.

Jam 11.30 am (kot), bacaan jantung baby kat CTG tak cantik. Midwife datang tengok, then dia terus kata 'ni kena vakume ni.. sebab baby dah terbelit tali pusat', pastu dia berlari pecut 100m gi call Dr Zalina. Masa tu Dr. ada kat bilik dia.  Dan masa tu jugak aku rasa mata aku tak boleh nak bukak. Mengantuk Ya Rabbi.. Tapi paksakan jugak untuk buka.

Macam kilat Dr Zalina dah sampai kat dalam bilik aku. laju giler. Agaknya Dr pun pecut 100m macam Usain Bolt kot.

Pastu terus Dr suruh aku push sekuat hati. Cubaan pertama push, Dr tepuk tangan sambil cakap 'bagus'. Pastu dia terus push lagi. Dr cakap 'awak push macam awak sembelit teruk'. 

Masa tu aku mengantuk giler. Pastu kena 'push' pulak. Aku rasa macam nak putus nyawa, tak cukup oksigen. Aku pun tak sedar berapa kali aku push, sedar-sedar, baby dah atas perut.  Ya Allah!, Terus aku menangis, tak sangka sekelip mata jer terlihat baby yang aku kandung selama ni.



Alhamdulillah, bersyukur Ya Allah. Baby selamat dilahirkan pada jam 12.26 tengahari. Nama diberi - Nur Farah Leeya yang membawa maksud Cahaya Kegembiraan & Sangat Mulia. 

Dr. Zalina suruh aku berehat dulu kat  dalam labour room untuk 3-4 jam. Then, jam 5 petang, aku ditolak masuk maternity ward. Masa tu aku rasa mengantuk lagi. Ya Allah! kuatnya penangan ubat gatal tu. Jam 8 malam, baru penangan mengantuk tu hilang & masa tu baru aku dapat mandi. 

After all, I'm blessed! Thank you Allah!

And thank you for reading as well.

Habis Pantang 44 Hari, Buat Rawatan Penutup Pantang

$
0
0
Alhamdulillah semalam genaplah hari ke-45 usia Baby FL. Dan ni bermakna aku dah habis pantang 44 hari. Yeaayyyy!! Yabedabedooo.....Lepas ni boleh la nyanyi lagu baby shark dengan Kakak FL.

So semalam aku buat Rawatan Penutup Pantang dengan CL (confinement lady) yang jaga aku hari tu dari Fazrina Postnatal Care.Aku suka CL tu. Nanti kalau ada rezeki mengandung anak no.3, aku nak request CL tu jugak jaga aku masa dalam pantang. 

Rawatan Penutup Pantangdengan Fazrina Postnatal Care ada 4 benda yang dibuat - urut seluruh badan, lulur badan, tangas intim dan last skali mandi bunga. Harga rawatan ni RM 250.

  
Air Mandian 
 
 
 Bunga untuk buat mandian. Campur sekali ngan limau purut

 Ni untuk buat Tangas Intim - Panaskan batu sungai, letak atas daun sirih, topping ngan manjakani
 

My Breastfeeding Journey

$
0
0
Masa anak pertama dulu, awal-awal kelahiran anak, susu tak de. Kakak FL duk asyik nangis jer. Kalau aku tak kuat, memang aku dah bagi anak aku minum formula milk. Tapi nasib baik boleh bersabar lagi. Aku ada cerita kat entry ni -"Breastfeeding : Mommy Stress Sebab Susu Sedikit Selepas Bersalin"

Belajar dari pengalaman. Aku tak nak perkara yang sama berlaku untuk anak no.2 ni. So dari awal lagi aku dah prepare breast pump, bawak pergi hospital untuk stimulate nipple.

Ini beg yang aku bawak pergi hospital hari tu

Tapi masa kat hospital tu aku tak sempat pam pun, aku banyak latch-on baby setiap 15-30 minit.  

Then, bila dah discharge, aku pam susu kat umah. Main Objective pam susu tu hanyalah untuk stimulate nipple jer untuk suruh bekerja keluarkan susu. 

Aku start pam susu masa hari kedua aku dirumah. Hari pertama pam tu, dapat sikit jer, tak sampai 1 oz rasanya (macam gambar bawah ni).

Ini hasil kedua-dua belah boobs

Masa 2 minggu pertama, aku guna pam manual - Medela Harmoni. Sebab aku tahu susu pun tak banyak, so guna pam manual pun tak letih lagi.


Ini hasil hari kedua pam (2 belah boobs)

 Ni hasil hari ketiga

 Ni masa aku berpantang hari ke-13

 Hari ke-17

  Ni hasil masa aku berpantang hari ke-19 (dua-dua boobs)
 
Hasil susu tu aku bahagikan kepada 20z setiap botol untuk penyimpanan sebab Baby FL minum hanya 2 oz jer sekali minum. Tapi semua ni habis jer dalam masa sehari. Sebab dia minum susu setiap sejam. So, dia akan minum EBM ni masa aku mandi dan tidur.

Masa ni aku dah start guna pam elektrik - Spectra M1 sebab dah tak larat nak guna pam manual.


 Aku biasa buat tandem pumping. Sebelah susukan anak, sebelah lagi pam, so jimat sikit masa.

 
 Ini consume 'Milkup Candy' ni. Berkesan sangat sebagai milk booster aku. Aku rekomen kawan-kawan ambik ni. 

Alhamdulillah, sekarang aku dah habis pantang. Dan skrang aku baru nak buat stok EBM. EBM masa dalam pantang hari tu tak buat stok pun, terus bagi baby minum. So far, aku pam sekali sehari jer. Selalu buat tandem pumping la. 

Baby FL pun masih lagi minum 20z setiap kali minum. Aku guna botol susu NUK. Sebab aku suka puting dia (yang warna yellow), susu hanya akan keluar kalau baby hisap. Kalau baby tak hisap susu tak keluar.

Nanti-nanti aku share pulak pasal beg pam aku k. Till then, thank you for reading.
Viewing all 1207 articles
Browse latest View live